Simple Girl
ASSALAMUALAIKUM !



"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."


D I A R Y O W N E R L I N K S

F B T W E E T F O L L O W

M Y L O V E


"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

C R E D I T S




Basecodes Aina Hanani
Edited By Liyana Izzati
Navigate by : WanaSeoby
Header by Exotics Inspirit
Background by Eyka
Best view in Google Chrome only

Cinta ?
Selasa, 17 Disember 2013 | 5:01 PG | 0 Strawberry


Cinta ialah satu kurniaan daripada Allah kepada manusia . Cinta yang paling agung di antara segala cinta ialah cinta makhluk kepada Yang Maha Esa . Para Syuhada  menentang musuh dengan penuh keberanian semata - mata kerana cinta kepada Allah .

Peristiwa Rasulullah s.a.w dibaling dengan batu oleh orang2 Taif dapat dilihat dengan lebih jelas . Malaikat Jibrail bertanya kepada baginda adakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif . Baginda segera menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda berdoa agar pintu hati mereka dapat menerima Islam . Begitu besarnya kasih sayang Rasulullah terhadap umatnya .

Cinta para sahabat yang mendalam kepada Rasulullah s.a.w hinggakan sanggup berada disamping baginda walaupun nyawa mereka terancam .

Dalam menuju kedewasaan ini , minat - meminati di kalangan lelaki dan perempuan adalah sesuatu yang lumrah . Namun , perasaan ini haruslah dijaga . Jangan membiarkan kita terikut - ikut hawa nafsu kita . Mantapkanlah iman agar kita tidak terpengaruh .

Perasaan cinta yang keterlaluan hingga sanggup berkorban maruah serta harga diri demi orang yang dicintai padahal dia belum lagi menjadi suami yang sah disisi Islam. Nyatalah bahawa cinta sesama makhluk tidak kekal kalau cinta itu berlandaskan nafsu semata - mata . Lebih baik sekiranya kita tidak terhanyut dibawa arus cinta , bermain ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri bila cinta yang diharapkan tidak kesampaian .